---

Monday 29 October 2018

Convent Bukit Nanas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Just in case you are looking for some information about Convent Bukit Nanas, please read on.

First of all, I nak bagitau korang, before daftar anak korang ke sekolah ni,fikir dulu masak-masak. Is it convenient to you? Dekat rumah ke jauh dari rumah? Atau dekat dengan office? When you send your girls to this school, it will demand your commitment and involvement dekat sekolah. Korang kena jadi mak2 atau bapak2 yang rajin duk bertenggek hari2 kat sekolah ni. Haha.

Few years ago, before I register my daughter to this school, jenuh menggoogle cari info tentang sekolah ni. I nak info yang lebih kepada pengalaman parents yang hantar anak ke sini. Tetapi nampaknya tak ada. I hanya dapat info dari kawan-kawan I yang pernah sekolah kat situ. So, agak menakutkan jugak.

Masa my daughter 5 years old, I dah start call sekolah tu tanya macam mana nak register. Masa tu belum ada pendaftaran secara online lagi. Nak masuk sekolah tu kena berebut. Sbb sekolah tu tak besar dan satu darjah ada dua kelas sahaja. Satu kelas dalam 30 orang so dua kelas total students will be 60. So memang berebut lah. Anak umur 5 tahun dah kena start daftar. Kebanyakan yang daftar anak ke sekolah tu sebab parents kerja kat area situ. Ramainya yang parents keje kat Petronas KLCC tu. Tapi, I'm not working with Petronas pun but my office is somewhere near the school. Walking distance je from the school. At first, I wanted to send my daughter to Lai Meng School in Jalan Ampang tapi Lai Meng dah pindah ke Bukit Jalil. So the nearest school yang ok dan I berkenan kat area situ is Convent Bukit Nanas. This school is located in Jalan Bukit Nanas dan ianya berada di atas bukit. Budak-budak sekolah biasanya akan masuk ke sekolah melalui AIA building atau melalui enterance hadapan iaitu melalui Jalan Gereja. Sekolah Convent Bukit Nanas ni terbahagi kepada 3, iaitu dua sekolah rendah dan satu sekolah menengah :

1. Sekolah Kebangsaan Convent (1) Bukit Nanas (CBN1)
2. Sekolah Kebangsaan Convent (2) Bukit Nanas (CBN2)
3. Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas (CBN)

Ok, I'll show you the pic of the school first ya.... :)



Since I daftar my daughter tu lambat (bulan November), masa tu jumlah nama yang mendaftar dah nombor ke 80 and my daughter nombor ke 81. Therefore, my daughter tak dapat lah masuk CBN1. Jadi my daughter dimasukkan ke CBN2. Petua untuk dapat masuk ke sekolah ini, syaratnya macam biasa lah, kene pastikan alamat rumah tu dekat area sekolah tu. The nearest is Kampung Bharu. So pandai-pandai lah you all nak guna alamat siapa hehe. Kebanyakan parents yang hantar anak ke sekolah ni biasanya anak-anak orang kaya,anak dato datin sbb biasanya dorang ni asal dari sekolah tu dulu. So dorang nak anak dorang teruskan legacy dorang. Or ada jugak yang mak-mak yang dulu sekolah girls school (walaupun kat tempat lain), so dorang pun nak jugekkkk anak dorang masuk situ. Jadi walaupun dorang stay jauhhhh kat Balakong ke mana ke, masih gigih nak bangun pagi hantar anak gi sekolah asalkan anak dorang sekolah kat situ. My daughter kata kawan-kawan dia ramai yang duduk jauh. Pagi-pagi jam 4-5pagi dah bangun siap untuk ke sekolah, and I was like..whattt?? GIGIH. Tak kurang jugak yang masukkan anak ke sekolah tu disebabkan nama sekolah tu yang terkenal sejak dulu lagi dan juga disebabkan oleh reputasi sekolah tersebut.


I would like to warn you, anda perlu sentiasa sediakan duit extra for your girls if they enter to this school. Kat sekolah ni bermacam-macam activities dan kelab yang akan menarik minat anak korang untuk join, terutamanya Kelab Gimnastik. Oh my Goddd...budak-budak ni gila nak join sebenarnya..maka sebagai mak2 atau bapak2 yang menyokong semua minat anak-anak katanyehh akan tidak sampai hati untuk berkata tidak. Yuran untuk Kelas Gimnastik ialah RM120/bulan, Taekwondo RM30/bulan, Kelas Tarian RM50/bulan, Kelas Gamelan RM50/bulan. Ini setakat yang I tau la. My daughter masuk Kelas Gimnastik, Taekwondo, Kelas Tarian. Tapi Kelas Tarian dia quit masa darjah dua. Yuran Sekolah/PIBG pulak RM200 setahun. Mahal sikit lah sebab sekolah tu banyak caj penyelenggaraan. Toilet sekolah anak I CBN2 memang 5 stars. Bertaraf hotel. Bersih dan cantik. Itu pun sebab ada parents yang kaya raya dan baik hati bagi sumbangan untuk buat renovation toilet dan surau. Surau sekolah cantik dan kemas. Toilet CBN1 I tak tau la macam mana sebab tak pernah pulak tumpang masuk hehe.

Ok ni gambar toilet CBN2 :


Satu lagi amaran (takde la amaran sgt pun hehe) yang I nak bagitau ialah, parents yang nak hantar anak-anak ke sekolah ni, kena bersedia dari segi mental dan fizikal. Mental tu sebab kalau kita ni hanyalah parents yang biasa-biasa je, hantar ambik anak sekolah depan pagar je, tak pernah nak beramah mesra dengan cikgu, tak pandai bodek cikgu, tak pernah bagi sumbangan apa-apa pada sekolah, kebarangkalian anak-anak you untuk tidak terpilih untuk wakil sekolah ke apa ke memang sangat tinggi. Contoh, kalau anak you join Kelas Tarian, dan you pun tahu anak you memang pandai dan berbakat dalam tarian, tapi disebabkan you ni tak pernah tunjuk muka kat sekolah, cikgu tarian pun tak kenal anak you yang mana, cikgu yang menyelaras kelab tarian tu pun tak kenal siapa mak bapak budak tu, jangan harap la anak you nak terpilih walaupun anak you berbakat! Kat sekolah ni, memang kuat betul budaya pilih kasih. Macam I ni, I sebok kerja. Mana la ada masa nak pergi bertenggek kat sekolah tu hari-hari. Nak derma bagi sumbangan je manjang alahaiii,kita ni kerja gaji berapa sangat lah. Of course bila I sound dalam whatsapp group, ada la yang denied kata cikgu tak pilih kasih pun, dah takde rezeki anak you terpilih. Alahaii, kita pun tak bodoh la. Kita tau orang pilih kasih ke tak. My friends yang sekolah sini dulu dah bagitau I awal-awal. Dorang cakap, kalau nak hantar anak sekolah tu memang kena kuat semangat sikit lah sebab anak you takkan menyerlah kalau parents tak tonjolkan diri membodek cikgu walaupun anak you ada bakat. And kalau anak you terpilih untuk masuk itu ini wakil sekolah, you kena bersedia dari segi fizikal juga nak kena kuat dan rajin hantar dan ambik anak training hari-hari..haha. Gilaaa..so far anak I masuk Taekwondo dan Kelas Gimnastik tu pun I rasa nak pengsan hantar ambik dia kelas. So yeah..tapi itu sebenarnya bagus for them lah masuk macam-macam activities. Nanti tahap dua ada Badan Beruniform pulak. So kepada yang nak hantar anak ke sekolah agama pada sebelah petang tu, fikir-fikirkan lah. Kalau rasa takut anak penat (sebab sekolah ni memang aktif banyak activities), I think tak perlu hantar anak ke sekolah agama. Lagi pun kat sekolah pun ada Kelas Fardhu Ain juga ajar macam-macam sama macam sekolah agama juga cuma seminggu sekali je lah. Terpulang kepada anda. Ada juga kawan-kawan anak I yang still going to sekolah agama sebelah petang. Cumanya dorang akan rushing la sikit terutama kalau sekolah habis jam 1.30pm dan sekolah agama starts at 2.30pm.

Ok, I belanja gambar-gambar beberapa activities kat sekolah ni...


Gimnastik 



Cheerleader


Tarian


Gamelan


Taekwondo




So yeah..CBN is a good school dan ia sekolah yang sangat aktif dan glamour. Tapi kena pandai main politik jugak la kalau nak hantar sekolah ni haha..sbb sekolah ni sekolah yang ramai anak-anak org high class dan orang kaya-kaya. Bukan bermakna orang miskin tak boleh hantar sekolah sini. Boleh je. Kan sekolah gomen. It's open for all miskin atau kaya. Tapi sebab CBN ni ada kasta yang tersendiri, sebab tu ramai orang-orang kaya yang hantar anak-anak dorang kat sekolah ni. Ada jugak yang hantar anak ke sekolah ni sebab nak anak masuk sekolah glamour and well known, bercampur dengan orang kaya dan glamour. Tapi sekolah ni controlled school dan very limited seat ya. Kalau nak hantar anak masuk sini, umur 5 tahun dah start kena survey tengok bila dorang bukak untuk registration tahun 1.

Well, I guess itu sahaja perkongsian from me. Hope it will give you a clear picture about CBN. If you have anything to ask, feel free to comment.

Thank you, have a nice day! :)


~mrsshehan~