---

Monday 29 October 2018

Convent Bukit Nanas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Just in case you are looking for some information about Convent Bukit Nanas, please read on.

First of all, I nak bagitau korang, before daftar anak korang ke sekolah ni,fikir dulu masak-masak. Is it convenient to you? Dekat rumah ke jauh dari rumah? Atau dekat dengan office? When you send your girls to this school, it will demand your commitment and involvement dekat sekolah. Korang kena jadi mak2 atau bapak2 yang rajin duk bertenggek hari2 kat sekolah ni. Haha.

Few years ago, before I register my daughter to this school, jenuh menggoogle cari info tentang sekolah ni. I nak info yang lebih kepada pengalaman parents yang hantar anak ke sini. Tetapi nampaknya tak ada. I hanya dapat info dari kawan-kawan I yang pernah sekolah kat situ. So, agak menakutkan jugak.

Masa my daughter 5 years old, I dah start call sekolah tu tanya macam mana nak register. Masa tu belum ada pendaftaran secara online lagi. Nak masuk sekolah tu kena berebut. Sbb sekolah tu tak besar dan satu darjah ada dua kelas sahaja. Satu kelas dalam 30 orang so dua kelas total students will be 60. So memang berebut lah. Anak umur 5 tahun dah kena start daftar. Kebanyakan yang daftar anak ke sekolah tu sebab parents kerja kat area situ. Ramainya yang parents keje kat Petronas KLCC tu. Tapi, I'm not working with Petronas pun but my office is somewhere near the school. Walking distance je from the school. At first, I wanted to send my daughter to Lai Meng School in Jalan Ampang tapi Lai Meng dah pindah ke Bukit Jalil. So the nearest school yang ok dan I berkenan kat area situ is Convent Bukit Nanas. This school is located in Jalan Bukit Nanas dan ianya berada di atas bukit. Budak-budak sekolah biasanya akan masuk ke sekolah melalui AIA building atau melalui enterance hadapan iaitu melalui Jalan Gereja. Sekolah Convent Bukit Nanas ni terbahagi kepada 3, iaitu dua sekolah rendah dan satu sekolah menengah :

1. Sekolah Kebangsaan Convent (1) Bukit Nanas (CBN1)
2. Sekolah Kebangsaan Convent (2) Bukit Nanas (CBN2)
3. Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas (CBN)

Ok, I'll show you the pic of the school first ya.... :)



Since I daftar my daughter tu lambat (bulan November), masa tu jumlah nama yang mendaftar dah nombor ke 80 and my daughter nombor ke 81. Therefore, my daughter tak dapat lah masuk CBN1. Jadi my daughter dimasukkan ke CBN2. Petua untuk dapat masuk ke sekolah ini, syaratnya macam biasa lah, kene pastikan alamat rumah tu dekat area sekolah tu. The nearest is Kampung Bharu. So pandai-pandai lah you all nak guna alamat siapa hehe. Kebanyakan parents yang hantar anak ke sekolah ni biasanya anak-anak orang kaya,anak dato datin sbb biasanya dorang ni asal dari sekolah tu dulu. So dorang nak anak dorang teruskan legacy dorang. Or ada jugak yang mak-mak yang dulu sekolah girls school (walaupun kat tempat lain), so dorang pun nak jugekkkk anak dorang masuk situ. Jadi walaupun dorang stay jauhhhh kat Balakong ke mana ke, masih gigih nak bangun pagi hantar anak gi sekolah asalkan anak dorang sekolah kat situ. My daughter kata kawan-kawan dia ramai yang duduk jauh. Pagi-pagi jam 4-5pagi dah bangun siap untuk ke sekolah, and I was like..whattt?? GIGIH. Tak kurang jugak yang masukkan anak ke sekolah tu disebabkan nama sekolah tu yang terkenal sejak dulu lagi dan juga disebabkan oleh reputasi sekolah tersebut.


I would like to warn you, anda perlu sentiasa sediakan duit extra for your girls if they enter to this school. Kat sekolah ni bermacam-macam activities dan kelab yang akan menarik minat anak korang untuk join, terutamanya Kelab Gimnastik. Oh my Goddd...budak-budak ni gila nak join sebenarnya..maka sebagai mak2 atau bapak2 yang menyokong semua minat anak-anak katanyehh akan tidak sampai hati untuk berkata tidak. Yuran untuk Kelas Gimnastik ialah RM120/bulan, Taekwondo RM30/bulan, Kelas Tarian RM50/bulan, Kelas Gamelan RM50/bulan. Ini setakat yang I tau la. My daughter masuk Kelas Gimnastik, Taekwondo, Kelas Tarian. Tapi Kelas Tarian dia quit masa darjah dua. Yuran Sekolah/PIBG pulak RM200 setahun. Mahal sikit lah sebab sekolah tu banyak caj penyelenggaraan. Toilet sekolah anak I CBN2 memang 5 stars. Bertaraf hotel. Bersih dan cantik. Itu pun sebab ada parents yang kaya raya dan baik hati bagi sumbangan untuk buat renovation toilet dan surau. Surau sekolah cantik dan kemas. Toilet CBN1 I tak tau la macam mana sebab tak pernah pulak tumpang masuk hehe.

Ok ni gambar toilet CBN2 :


Satu lagi amaran (takde la amaran sgt pun hehe) yang I nak bagitau ialah, parents yang nak hantar anak-anak ke sekolah ni, kena bersedia dari segi mental dan fizikal. Mental tu sebab kalau kita ni hanyalah parents yang biasa-biasa je, hantar ambik anak sekolah depan pagar je, tak pernah nak beramah mesra dengan cikgu, tak pandai bodek cikgu, tak pernah bagi sumbangan apa-apa pada sekolah, kebarangkalian anak-anak you untuk tidak terpilih untuk wakil sekolah ke apa ke memang sangat tinggi. Contoh, kalau anak you join Kelas Tarian, dan you pun tahu anak you memang pandai dan berbakat dalam tarian, tapi disebabkan you ni tak pernah tunjuk muka kat sekolah, cikgu tarian pun tak kenal anak you yang mana, cikgu yang menyelaras kelab tarian tu pun tak kenal siapa mak bapak budak tu, jangan harap la anak you nak terpilih walaupun anak you berbakat! Kat sekolah ni, memang kuat betul budaya pilih kasih. Macam I ni, I sebok kerja. Mana la ada masa nak pergi bertenggek kat sekolah tu hari-hari. Nak derma bagi sumbangan je manjang alahaiii,kita ni kerja gaji berapa sangat lah. Of course bila I sound dalam whatsapp group, ada la yang denied kata cikgu tak pilih kasih pun, dah takde rezeki anak you terpilih. Alahaii, kita pun tak bodoh la. Kita tau orang pilih kasih ke tak. My friends yang sekolah sini dulu dah bagitau I awal-awal. Dorang cakap, kalau nak hantar anak sekolah tu memang kena kuat semangat sikit lah sebab anak you takkan menyerlah kalau parents tak tonjolkan diri membodek cikgu walaupun anak you ada bakat. And kalau anak you terpilih untuk masuk itu ini wakil sekolah, you kena bersedia dari segi fizikal juga nak kena kuat dan rajin hantar dan ambik anak training hari-hari..haha. Gilaaa..so far anak I masuk Taekwondo dan Kelas Gimnastik tu pun I rasa nak pengsan hantar ambik dia kelas. So yeah..tapi itu sebenarnya bagus for them lah masuk macam-macam activities. Nanti tahap dua ada Badan Beruniform pulak. So kepada yang nak hantar anak ke sekolah agama pada sebelah petang tu, fikir-fikirkan lah. Kalau rasa takut anak penat (sebab sekolah ni memang aktif banyak activities), I think tak perlu hantar anak ke sekolah agama. Lagi pun kat sekolah pun ada Kelas Fardhu Ain juga ajar macam-macam sama macam sekolah agama juga cuma seminggu sekali je lah. Terpulang kepada anda. Ada juga kawan-kawan anak I yang still going to sekolah agama sebelah petang. Cumanya dorang akan rushing la sikit terutama kalau sekolah habis jam 1.30pm dan sekolah agama starts at 2.30pm.

Ok, I belanja gambar-gambar beberapa activities kat sekolah ni...


Gimnastik 



Cheerleader


Tarian


Gamelan


Taekwondo




So yeah..CBN is a good school dan ia sekolah yang sangat aktif dan glamour. Tapi kena pandai main politik jugak la kalau nak hantar sekolah ni haha..sbb sekolah ni sekolah yang ramai anak-anak org high class dan orang kaya-kaya. Bukan bermakna orang miskin tak boleh hantar sekolah sini. Boleh je. Kan sekolah gomen. It's open for all miskin atau kaya. Tapi sebab CBN ni ada kasta yang tersendiri, sebab tu ramai orang-orang kaya yang hantar anak-anak dorang kat sekolah ni. Ada jugak yang hantar anak ke sekolah ni sebab nak anak masuk sekolah glamour and well known, bercampur dengan orang kaya dan glamour. Tapi sekolah ni controlled school dan very limited seat ya. Kalau nak hantar anak masuk sini, umur 5 tahun dah start kena survey tengok bila dorang bukak untuk registration tahun 1.

Well, I guess itu sahaja perkongsian from me. Hope it will give you a clear picture about CBN. If you have anything to ask, feel free to comment.

Thank you, have a nice day! :)


~mrsshehan~



26 comments:

  1. Hye my daughter akan join next year standard 1, so anak u standard 2 lah ye next year?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..2018 my daughter darjah 3. This year my daughter darjah 4 :)

      Delete
    2. Hye sorry late reply, so dah setengah tahun dah my daughter in CBN2 haha, memang seronok tapi kena high komitmen macam u cakap haha

      Delete
    3. Yezzaa...mmg kene high commitment kalau nak anak kita outstanding. Kalau parents tak tunjuk muka kat sekolah, susah sikit lah anak nk outstanding. Wpun anak kita ada bakat, tp anak2 yg parents dia slalu tunjuk muka, contribute mcm2 to the school, so anak dorg yg akan dipilih dulu. Hehe

      Delete
  2. Like seriously lah mcm tu...alahaiii habis kalau Kita ni sibuk tak bole nak luang masa mcmana pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Mmg mcmtu style dorg. Kalau sibuk sgt tak sempat nk pergi sekolah hari2, u kene rajib bagi sumbangan. Kalau hari sukan you donate lah bbrp ratus utk rumah sukan anak you. Atau awal tahun you donate la duit utk hiaskan kelas anak you. Mesti cikgu akan pilih anak you jd ketua kelas ke, penolong ketua kelas ke, pengawas ke. Hehe. Serious ni.

      Delete
  3. Thank you so much for this post. Byk information dapat dari mommy yang ada pengalaman anak sekolah cbn. �� What about budak yang nak pindah dari sekolah swasta masuk darjah 3 or 4. Ada any tips tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..utk yang swasta pindah ke govt school i tak sure pulak. Tp my colleague ada cakap hari tu..dia nak tukarkan anak dia from private school to govt school sbb tak larat nak hadap school fees tu katanya. Tp anak dia tak nak tukar. Sbb dah selesa duduk sekolah private..ape barang nak pindah govt school kan. But seriously, cbn school is one of the govt school yg berprestasi tinggi so dia dah mcm ala2 private jgk sbb byk duit parents yg keluarkan :)

      Delete
  4. Hii sis...i baru plan nak tukar anak i masuk CBN 1 next year darjah 5...agak2 harapan cerah tak...:)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. What’s the difference with CBN1 and CBN2 actually ?

    ReplyDelete
  7. Hmmm... as far as I know and based on my experience I don't think if kalau you ada bagi sumbangan then your anak will be chosen as pengawas or ketua kelas. Macam saya, saya tak tunjuk muka pun kat sekolah dan tak donate beratus ratus pun but still my daughter has been chosen as Ketua Kelas dua tahun berturut dan dilantik sebagai Pengawas Sekolah semenjak Tahun 3. Just my two cents.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. My girl tak masuk apa2 xtra curricular activiti yg kena bayar2 tu. Sekadar yg compulsory tu je. Dapat jugak jadi pengawas pusat sumber. Asalkan anak2 ni tak ponteng sekolah selalu, homework hantar on time, bukan kaki buli, outgoing.. Semua ok. Tak perlu makpak bodek or menepek je kat sekolah tu. Kalau anak you kurang bijak dalam pelajaran, cikgu akan bimbing untuk naikkan prestasi anak2. Yg penting sebagai makpak ni kita kena selalu motivate anak kita supaya dia rajin, bersemangat.. Bukan pakai duit pun. Dan yg penting jgn ingat segala cerita2 negetif yg kita dengar dari anak2 kita pasal hal2 dia sekolah tu 100% betul. Selidik dulu. Jgn main nak hentam saja kat ws group kelas anak tu. Mmg kena boikot ler jawabnya.

      Delete
  8. assalamualaikum... saya nak tanya bagaimana nak daftar anak untuk kemasukan tingkatan 4 daripada sekolah smk biasa?

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum... saya nak tanya bagaimana nak daftar anak untuk kemasukan tingkatan 4 daripada sekolah smk biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsSalam, minta borang pertukaran sekolah dari pejabat sekolah asal. hantar borang ABSB yang telah diisi beserta supporting documents yg diperlukan, pejabat akan endorse borang tersebut biasanya dalam sehari siap dokumen tukar sekolah dari pejabat. bawa dokumen tersebut hantarkan ke PPD. SK/SMK CBN terletak di JPWP zon keramat. pejabat PPD zon keramat di Menara TH Selborne, Jalan Tun Razak, sebelah bangunan IJN. pergi ke tingkat 9 dan hantar. solat hajat dan tunggu keputusan. tapi amat amat amat susah nak masuk. semoga Allah beri rezeki kpd anak puan

      Delete
  10. hi, may i ask if muslim is allowed not to wear hijab atau memang kena yer 😅😅🙏🏻🙏🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Is allowed. Tapi bila ada kelas agama islam or bacaan yasin every friday morning anak2 yg tak berhijab ni WAJIB berbaju kurung and memakai tudung sekolah. So standby je lah sehelai tudung sekolah

      Delete
  11. Pandai pandai je tulis gini... Klu anak kita xda bakat memang xterpilih bkn sebab kita xpnh menyumbang duit. Cikgu xpilih kasih.. tapi cikgu pilih bakat

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. anyhow..this is a good school sebab di CBN kita dididik untuk serlahkan diri masing2..kalau di menengah the teachers will let the students to handle most of the student events..cikgu hanya pantau and advice..sesiapa yang nak hantar anak tu...GO FOR IT!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. How to enrol? Any advise. My daughter born in 2018. Tq

      Delete
  14. I am a CBNer 1980 till 1990...sepanjang skolah situ..memang ramai je yang high class kekaya..but paling kedekut juga depa laa...LOL! tau komplen komplen komplen..sekolah tak salah...maybe ada the teachers yang ditransfer kan ke CBN sekarang ni yang bawa budaya gitu..dulu2 teachers are sooo nice dedicated...Mrs O Hara Mrs Fernandez..diorg tak pilih kasih pun...

    ReplyDelete
  15. Interested for my daugther (born 2018). Pls advise how to enrol?

    ReplyDelete
  16. hi ! i am from skcbn2 i read this info abt my school make me so proud to be apart from cbn2 ! sadly im going to another school next year cuz i am a senior this year i love reading this info so muchh bye !

    ReplyDelete
  17. Hi..very good sharing, thank you so much! Keep writing ;-)

    ReplyDelete