---

Tuesday 20 August 2019

Kandungan Ke 5 : Kantung Baby Tak Nampak!

Assalamualaikum semua!

Dah lama saya tidak menulis di blog ni. Hidup ni tersangatlah bz sampai takde masa nak menulis. Tapi kali ni saya kena jugak menulis.

Yes! Blog saya ni byk tulis pasal keguguran lah,  TTC lah, pasal mengandung lah. Kali ni saya pregnant again - kandungan ke 5! Saya sgt berharap kandungan ini berjaya tetapi Allah has another plan for me maybe. Ku sangkakan panas rupanya hujan di tengahari. Tapi takpe, baca dulu apa yg saya nak kongsikan.

Pertengahan bulan Mei 2019 saya checked UPT and it was positive. Tp tak tau kenapa saya takde la teruja sgt. Beberapa hari selepas saya dpt tau saya pregnant tu tiba2 saya dah start spotting dah. And I was like.. OMG! Not again! Saya dah tak larat nak keguguran kali ke 4 :'(

Masa tu bln puasa brp hari lagi nk raya. Tekak dah mula mual. Saya kalau mengandung camtu lah. Muntah je kejenya. Bau itu x blh bau ini x blh. So bila dah start keluar darah, we went to a clinic yg blh buat ultrasound. Lepas hantar anak ke sekolah, kitorg pun cari lah klinik pakar sakit puan yg berhampiran. So jumpa la satu klinik dkt Jalan Pudu. To cut the story short, hari tu hari Sabtu so doktor yg bertugas pun doktor biasa je. Dia buat TVS ikut bawah then dia kata tak nampak kantung. Tp darah keluar daripada TVS stick tu. So doktor tu ckp nanti dtg lagi lah jumpa another doctor yg lagi pakar pasal sakit puan. But she said maybe saya akan gugur lagi. Hancur hati dgr. So sy cakap kat husband, kali ni nk buat dnc. Nk cuci. Tak nak dah keluar sendiri mcm 2 thn lepas. Mcm nk mati sakitnya! My husband said ok. Tp kita sabar. Jumpa doktor tu dulu nanti utk confirm kan. My husband still tak puas hati. Mana pegi kantung. Pregnancy yg sblm2 ni ada kantung baby plk takde. Aduhhh.. Mcm2 lah! Jin mana pulak sorok kantung ni?? (Dah geram dah ni).

So, bbrp hari sblm raya kitorg pegi semula ke klinik tu jumpa Dr. Samuel. Doktor dah tua sgt. Dlm 70-80 thn gitu la kot umur dia tp masih sihat. Then dia scan tiba2 eh,  ada kantung. Tp fetal a.k.a babynya tak nampak sgt. It looked like a tiny dot. Tak nampak heartbeat pun. Masa tu anggaran dlm 5 weeks to 6 weeks kot. Doktor tak blh nk detect brp minggu sbb dia kata kecik sgt. Mesin scan dia tu tak blh detect. So doktor kata mungkin kandungan ni tak menjadi. Saya dah mmg give up and I told my husband, i wanna get dnc sbb I nak raya dengan gembira tanpa ada rasa mual2 muntah. Sebab nk balik kampung jauh ni. Gila apa. My husband masih tak puas hati, dia kata "Sabar, I rasa baby ada tu!" Dr Samuel kata terpulang nak tunggu lepas raya atau nk buat dnc sekarang. So tak jd dnc.

Lepas raya,  we didn't go to the same clinic, tapi since saya dah tak tahan asyik bleeding. Masa raya tu teruk bleeding macam period. So saya ckp kat husband, jom lah cuci. Tp musim raya ni mana ada doktor specialist ke doktor sakit puan yg bertugas kecuali klinik yg doktor dia non malay lah. So google2,  kitorg pun pegi la ke Pusat Perubatan Joe kat Ampang. Mula2 husband called klinik tu tanya dnc dorg caj berapa. Nurse tu pun tanya la kenapa nk dnc. Dia ingat kitorg nak gugurkan anak luar nikah ke apa kot haha. So husband pun cite la serba sedikit. Nurse tu ckp dtg dulu dia scan.

Sampai kat Klinik Joe tu.. Kitorg pun daftar dan tunggu turn. Dah sampai giliran, dgn nervous nya saya pun baring dan nurse tu pun start letak gel kat perut saya dan sambil cakap "Normally we won't simply do the dnc. We scan first and we try to save the baby". Kitorg pun diam and the nurse started to scan. Tiba2 bammmm.... Ada heartbeat! Gilaa.. Mcm tak percaya dowhh! Menangis terus masa tu. Nurse pun ckp "Kan i dah kata!" Tapi bleeding masih teruk. So she suggested to come back and see the specialist Dr Ramadas from Taman Desa Medical Centre. He is a visiting doctor kat clinic tu. So ok lah. We will come back next week. Sbnrnya punca kantung tu lambat nampak baby maybe sebab saya ovulate lambat dan saya conceived later after that. Mmg pelik. Tapi itu lah yg berlaku. Wpun baby tak nampak tp UPT test dah terang2 double line. Mmg ajaib.

When we went there the next week tu utk jumpa Dr Ramadas,  then selepas check itu ini, doktor diagnosed saya mengalami Subchorionic Hemmorage iaitu pendarahan dlm uterus. Sebab tu pendarahan tak berhenti sejak dari awal pregnant. Masa tu saya 8 weeks pregnant. So setelah berbincang dgn doktor, doktor kata kalau boleh saya perlu warded utk rawatan selanjutnya. Dan kene drip. Tp saya cakap kat doktor, saya tak blh warded kat Private Hospital sbb insurance company saya tak cover bab pregnancy ni. So Dr Ramadas referred me to Hospital Ampang.

Sampai je di Hospital ampang selepas sejam lebih kat situ,  dorg cek masuk spekulum dan scan semua, MO kat situ sahkan dlm kantung tu takde baby pun dan takde pun pendarahan. Saya mungkin akan keguguran setidak2nya 2 minggu dari hari tersebut. Kami blk rumah dgn hampa sekali. Dlm hati kata tak mungkin baby takde. Masa tu dah pukul 11mlm so nak pergi jumpa balik Dr Ramadas kat klinik tadi pun doktor dah balik. So the next day morning, tiba2 kami dpt call dari Dr Ramadas dia tanya khabar. Then kami pun cerita lah apa yg berlaku. Dr Ramadas terus minta kami ke Taman Desa Medical Centre di mana tempat dia bertugas as resident doctor kat sana. Sampai2 je doctor scan dan mmg ada je baby tu siap heart beat semua cumanya pendarahan byk dlm uterus. Dr Ramadas cakap kalau tak pakar sgt,  kau mmg tak pandai nk scan cari baby tu. Kau takkan jumpa baby sbb uterus tu dah penuh darah. Baru saya tahu rupanya scan perut ni pun ada teknik dia. Kalau tak pandai mmg baby pun kau takkan jumpa rasanya. So doktor terus admit saya di TDMC tu selama seminggu. Kat situ doktor masukkan drip, inject proluton, bagi duphaston dan antibiotik. Cukup seminggu kat situ, saya discharged. Tp darah masih ada. Kemudian saya dijadualkan utk jumpa Dr Ramadas di TDMC setiap 2 minggu sekali. Doktor kata selagi pendarahan tu tak besar tak perlu risau. Kalau pendarahan tu byk dan besar it will push the baby out. Itu yg membimbangkan. Tp doktor kata dia akan pantau. Kalau keluar darah byk cepat2 dtg hospital. So kandungan saya diteruskan seperti biasa. Sehingga kandungan masuk 15w6d sesuatu berlaku dan it broke my heart entirely.  Nanti saya akan ceritakan next entry. Sebab utk entry kali ni saya hanya nak cerita tentang pendarahan dan kenapa kantung saya tak nampak baby.

Kesimpulannya, kalau masa scan tak nampak baby atau kantung tp UPT positive, sabar dulu. Tunggu bbrp minggu then scan semula. Ok!

Cukup dulu buat kali ni. Nanti saya ceritakan apa pulak dugaan seterusnya dgn kandungan saya yg ke 5 ini.

Sekian.

Monday 29 October 2018

Convent Bukit Nanas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Just in case you are looking for some information about Convent Bukit Nanas, please read on.

First of all, I nak bagitau korang, before daftar anak korang ke sekolah ni,fikir dulu masak-masak. Is it convenient to you? Dekat rumah ke jauh dari rumah? Atau dekat dengan office? When you send your girls to this school, it will demand your commitment and involvement dekat sekolah. Korang kena jadi mak2 atau bapak2 yang rajin duk bertenggek hari2 kat sekolah ni. Haha.

Few years ago, before I register my daughter to this school, jenuh menggoogle cari info tentang sekolah ni. I nak info yang lebih kepada pengalaman parents yang hantar anak ke sini. Tetapi nampaknya tak ada. I hanya dapat info dari kawan-kawan I yang pernah sekolah kat situ. So, agak menakutkan jugak.

Masa my daughter 5 years old, I dah start call sekolah tu tanya macam mana nak register. Masa tu belum ada pendaftaran secara online lagi. Nak masuk sekolah tu kena berebut. Sbb sekolah tu tak besar dan satu darjah ada dua kelas sahaja. Satu kelas dalam 30 orang so dua kelas total students will be 60. So memang berebut lah. Anak umur 5 tahun dah kena start daftar. Kebanyakan yang daftar anak ke sekolah tu sebab parents kerja kat area situ. Ramainya yang parents keje kat Petronas KLCC tu. Tapi, I'm not working with Petronas pun but my office is somewhere near the school. Walking distance je from the school. At first, I wanted to send my daughter to Lai Meng School in Jalan Ampang tapi Lai Meng dah pindah ke Bukit Jalil. So the nearest school yang ok dan I berkenan kat area situ is Convent Bukit Nanas. This school is located in Jalan Bukit Nanas dan ianya berada di atas bukit. Budak-budak sekolah biasanya akan masuk ke sekolah melalui AIA building atau melalui enterance hadapan iaitu melalui Jalan Gereja. Sekolah Convent Bukit Nanas ni terbahagi kepada 3, iaitu dua sekolah rendah dan satu sekolah menengah :

1. Sekolah Kebangsaan Convent (1) Bukit Nanas (CBN1)
2. Sekolah Kebangsaan Convent (2) Bukit Nanas (CBN2)
3. Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas (CBN)

Ok, I'll show you the pic of the school first ya.... :)



Since I daftar my daughter tu lambat (bulan November), masa tu jumlah nama yang mendaftar dah nombor ke 80 and my daughter nombor ke 81. Therefore, my daughter tak dapat lah masuk CBN1. Jadi my daughter dimasukkan ke CBN2. Petua untuk dapat masuk ke sekolah ini, syaratnya macam biasa lah, kene pastikan alamat rumah tu dekat area sekolah tu. The nearest is Kampung Bharu. So pandai-pandai lah you all nak guna alamat siapa hehe. Kebanyakan parents yang hantar anak ke sekolah ni biasanya anak-anak orang kaya,anak dato datin sbb biasanya dorang ni asal dari sekolah tu dulu. So dorang nak anak dorang teruskan legacy dorang. Or ada jugak yang mak-mak yang dulu sekolah girls school (walaupun kat tempat lain), so dorang pun nak jugekkkk anak dorang masuk situ. Jadi walaupun dorang stay jauhhhh kat Balakong ke mana ke, masih gigih nak bangun pagi hantar anak gi sekolah asalkan anak dorang sekolah kat situ. My daughter kata kawan-kawan dia ramai yang duduk jauh. Pagi-pagi jam 4-5pagi dah bangun siap untuk ke sekolah, and I was like..whattt?? GIGIH. Tak kurang jugak yang masukkan anak ke sekolah tu disebabkan nama sekolah tu yang terkenal sejak dulu lagi dan juga disebabkan oleh reputasi sekolah tersebut.


I would like to warn you, anda perlu sentiasa sediakan duit extra for your girls if they enter to this school. Kat sekolah ni bermacam-macam activities dan kelab yang akan menarik minat anak korang untuk join, terutamanya Kelab Gimnastik. Oh my Goddd...budak-budak ni gila nak join sebenarnya..maka sebagai mak2 atau bapak2 yang menyokong semua minat anak-anak katanyehh akan tidak sampai hati untuk berkata tidak. Yuran untuk Kelas Gimnastik ialah RM120/bulan, Taekwondo RM30/bulan, Kelas Tarian RM50/bulan, Kelas Gamelan RM50/bulan. Ini setakat yang I tau la. My daughter masuk Kelas Gimnastik, Taekwondo, Kelas Tarian. Tapi Kelas Tarian dia quit masa darjah dua. Yuran Sekolah/PIBG pulak RM200 setahun. Mahal sikit lah sebab sekolah tu banyak caj penyelenggaraan. Toilet sekolah anak I CBN2 memang 5 stars. Bertaraf hotel. Bersih dan cantik. Itu pun sebab ada parents yang kaya raya dan baik hati bagi sumbangan untuk buat renovation toilet dan surau. Surau sekolah cantik dan kemas. Toilet CBN1 I tak tau la macam mana sebab tak pernah pulak tumpang masuk hehe.

Ok ni gambar toilet CBN2 :


Satu lagi amaran (takde la amaran sgt pun hehe) yang I nak bagitau ialah, parents yang nak hantar anak-anak ke sekolah ni, kena bersedia dari segi mental dan fizikal. Mental tu sebab kalau kita ni hanyalah parents yang biasa-biasa je, hantar ambik anak sekolah depan pagar je, tak pernah nak beramah mesra dengan cikgu, tak pandai bodek cikgu, tak pernah bagi sumbangan apa-apa pada sekolah, kebarangkalian anak-anak you untuk tidak terpilih untuk wakil sekolah ke apa ke memang sangat tinggi. Contoh, kalau anak you join Kelas Tarian, dan you pun tahu anak you memang pandai dan berbakat dalam tarian, tapi disebabkan you ni tak pernah tunjuk muka kat sekolah, cikgu tarian pun tak kenal anak you yang mana, cikgu yang menyelaras kelab tarian tu pun tak kenal siapa mak bapak budak tu, jangan harap la anak you nak terpilih walaupun anak you berbakat! Kat sekolah ni, memang kuat betul budaya pilih kasih. Macam I ni, I sebok kerja. Mana la ada masa nak pergi bertenggek kat sekolah tu hari-hari. Nak derma bagi sumbangan je manjang alahaiii,kita ni kerja gaji berapa sangat lah. Of course bila I sound dalam whatsapp group, ada la yang denied kata cikgu tak pilih kasih pun, dah takde rezeki anak you terpilih. Alahaii, kita pun tak bodoh la. Kita tau orang pilih kasih ke tak. My friends yang sekolah sini dulu dah bagitau I awal-awal. Dorang cakap, kalau nak hantar anak sekolah tu memang kena kuat semangat sikit lah sebab anak you takkan menyerlah kalau parents tak tonjolkan diri membodek cikgu walaupun anak you ada bakat. And kalau anak you terpilih untuk masuk itu ini wakil sekolah, you kena bersedia dari segi fizikal juga nak kena kuat dan rajin hantar dan ambik anak training hari-hari..haha. Gilaaa..so far anak I masuk Taekwondo dan Kelas Gimnastik tu pun I rasa nak pengsan hantar ambik dia kelas. So yeah..tapi itu sebenarnya bagus for them lah masuk macam-macam activities. Nanti tahap dua ada Badan Beruniform pulak. So kepada yang nak hantar anak ke sekolah agama pada sebelah petang tu, fikir-fikirkan lah. Kalau rasa takut anak penat (sebab sekolah ni memang aktif banyak activities), I think tak perlu hantar anak ke sekolah agama. Lagi pun kat sekolah pun ada Kelas Fardhu Ain juga ajar macam-macam sama macam sekolah agama juga cuma seminggu sekali je lah. Terpulang kepada anda. Ada juga kawan-kawan anak I yang still going to sekolah agama sebelah petang. Cumanya dorang akan rushing la sikit terutama kalau sekolah habis jam 1.30pm dan sekolah agama starts at 2.30pm.

Ok, I belanja gambar-gambar beberapa activities kat sekolah ni...


Gimnastik 



Cheerleader


Tarian


Gamelan


Taekwondo




So yeah..CBN is a good school dan ia sekolah yang sangat aktif dan glamour. Tapi kena pandai main politik jugak la kalau nak hantar sekolah ni haha..sbb sekolah ni sekolah yang ramai anak-anak org high class dan orang kaya-kaya. Bukan bermakna orang miskin tak boleh hantar sekolah sini. Boleh je. Kan sekolah gomen. It's open for all miskin atau kaya. Tapi sebab CBN ni ada kasta yang tersendiri, sebab tu ramai orang-orang kaya yang hantar anak-anak dorang kat sekolah ni. Ada jugak yang hantar anak ke sekolah ni sebab nak anak masuk sekolah glamour and well known, bercampur dengan orang kaya dan glamour. Tapi sekolah ni controlled school dan very limited seat ya. Kalau nak hantar anak masuk sini, umur 5 tahun dah start kena survey tengok bila dorang bukak untuk registration tahun 1.

Well, I guess itu sahaja perkongsian from me. Hope it will give you a clear picture about CBN. If you have anything to ask, feel free to comment.

Thank you, have a nice day! :)


~mrsshehan~



Wednesday 29 March 2017

Keguguran Kali Ke 3

Salam semua!
 
Hari ni saya decide nk cite pasal pengalaman keguguran yg pernah saya alami. Sebab kes saya mungkin sangat rare bagi kebanyakan org, ataupun saya je yg perasan kes yg saya alami ni rare haha!
Saya ambik keputusan utk share pengalaman saya sbb saya rasa tak byk org bercerita atau menulis pengalaman keguguran berulangkali seperti ape yg saya alami. Jadi tujuan saya tulis blog ni supaya selepas ni jika ade sesiapa yg mengalami nasib yg sama mcm saya, blh la dpt info sedikit sebanyak berdasarkan pengalaman saya. Sbb, selama ni saya google mencari info tetang masalah seperti saya, boleh dikatakan sgt kurang atau tak ade lsg!
 
Well, keguguran sesuatu yang sgt menyakitkan bg seseorg..maksud saya kesakitan yg dirasai ialah lebih kepada mental dan emosi. Orang yang tak pernah alami keguguran TAKKAN faham apa yg kite alami dan rase. Hanya kite je yg tau..Hanya Allah je tau. Sampai ade yg ckp - alaa, gugur je pun, pasni 'buat' la lagi! Sesedap anak tekak kau je ckp kan.

MENGANDUNG DAN GUGUR KALI PERTAMA
 
For your info, saya mempunyai seorg anak berusia 8 tahun, dan saya telah mula utk conceive semula semasa anak saya 3 tahun iaitu pada tahun 2012 tapi takde rezeki. Selepas setahun mencuba, Alhamdulillah Jun 2013 saya disahkan mengandung!Happy tak terkata. Berita kegembiraan dikongsi dgn rakan2 terdekat dan sanak saudara terdekat. To cut the story short, saya ke KPJ Ampang Puteri utk check up pada usia kandungan 9 minggu, tapi berita sedih yg saya dapat,iaitu kantung saya KOSONG! Berderau darah! Saya sungguh tak sangka kerana menyangkakan kandungan ini akan baik2 aje mcm kandungan sebelumnya. Menurut gynae saya, kandungan kantung kosong ni kalau dalam medical term nya dipanggil BLIGHTED OVUM. Puncanya - kemungkinan besar disebabkan oleh kerosakan kromosom. So doctor kata anggap lah ade hikmah di sebalik dugaan yg Allah bg ni. Mase on the way balik rumah, dlm kereta, saya menangis semahu-mahunya!Kecewa,sedih,pedih..semua ada! Anak sy pun nangis sama..hancur harapan dia nk dpt adik. Beberapa hari kemudian, doctor set appointment utk buat dnc (cuci rahim). Saya tak ingat brp haribulan tp masa tu lg beberapa hari nk raya dan saya berpantang keguguran pada hari raya aidilfitri dan pada hari anniversary perkahwinan yg ke 5. Ok settle bab tu.

MENGANDUNG DAN GUGUR KALI KEDUA
 
Sejak dari hari tu saya tak conceive2 lsg sampai la tahun 2016 saya accidently pregnant again!Hehe..Happy jugak la dan saya masih lagi bersangka baik. Saya ade share pasal TTC Journey saya kat blog ni dulu. So, bila tau je pregnant sy terus jumpe doctor utk check up dan pastikan saya betul2 pregnant dan ambik supplement yg sepatutnya. Tapi, mase saya pregnant kali ni, saya ada spotting..saya risau jugak dan saya tanya doctor ok ke tak ok ke..doctor pun kata ade 2 kemungkinan sama ada itu adalah proses penempelan atau threatened miscarriage. Saya dah mula risau! Tapi selepas beberapa hari dah takde darah, saya lega..TAPI, selepas beberapa minggu saya mula perasan ade spotting..lama2 bukan spotting dah, dah jd bleeding dah..masa sy pergi check up, saya ke Klinik Dr Hamid Arshat. Doctor pulak tak boleh nk sahkan sama ada baby tu ok ke tak sbb katanya still early. So, doctor kata dtg lagi 2 minggu nanti kite check lagi..tp doctor bekalkan duphaston dan proluton (injection every week) utk kuatkan rahim. Tapi, nampaknya nasib tak menyebelahi saya..24/4/2016 tghari tu saya rasa sakit sangat2 mcm senggugut tp lagi sakit dari tu..org kata mcm contraction gitu. Saya called husband, husband balik,dia kata "I bwk you pegi hospital la" So dia suh saya siap2 then terus ke Ampang Puteri (sbb kitorg dah biasa ngn Ampang Puteri sbb saya pernah bersalin kat situ). Sampai sana nurse tanya dah tukar brp pad..saya ckp 3 pad. Nurse terus ambik darah..cucuk punya cucuk darah tak keluar! Nurse panggil doctor yg bertugas. Saya dgr nurse kata, "Doctor, darah dia tak keluar..dia dah tukar 3 pad hari ni" Doctor terus ckp ni emergency kite terus buat dnc lah, book OT room now. Takut plk saya dengar!Haha..Masa sampai di Ampang Puteri lebih kurang jam 3ptg..saya kat bahagian A&E to dlm beberapa jam (saya tak ingat brp jam sbb tgh sakit)..ada masalah teknikal masa tu..insurans company tak cover pulakkk....saya pulak tak aware pasal tu sbb masa saya gugur pertama kali dulu insurans company cover..rupanya start dari tahun 2015 company cut cost..haihh..you all tahu tak brp KPJ mintak deposit before warded...RM5k okeehhh..mana la nak cekau duit!Nak tak nak, husband kene la gagau jgk..call sana sini..aduhh..keje gila betul..then, bincang punya bincang, dorg setuju utk admit saya dgn deposit RM2k..masa tu Ya Allahh..apesal la cekik darah sgt KPJ ni?Tahun 2013 saya buat dnc cost nya dlm RM3k lebih..and lepas settle dnc, bermalam 1 mlm, total bill RM7k..it was RM6,9XX tp kita round up la jd RM7k sbb doctor buat TORCH Test skali sbb saya dah keguguran kali ke 2 jadi doctor suggest buat TORCH Test ni utk tau ape masalah penyebab keguguran. Kalau tak silap cost TORCH Test tu dlm RM1,500..hmmm..husband saya pun termenung jgk..ye lah, dah terbakor RM7k kan!Huhu..saya yg sakit keguguran ni pun rasa ralat..Tapi terpaksa pasrah dan redha..anggap lah Allah nk tarik rezeki..

Dah, settle bab kedua kali keguguran. Gugur kali kedua baru saya terfikir utk hire tukang urut semasa berpantang 2 minggu tu..masa tu ada la duit lebih sket sbb sy kan buat part time agent Coway hehe..sape nk order Coway blh contact saya ye..hehe..ok, then disebabkan saya mmg nk pantang betul2 dan kebetulan ada duit lebih, saya order jgk Pantang Food Delivery yg tgh duk viral skang (but the food was ok-ok je laa) total bayar tukang urut = RM1300 (skali dgn transport) for 10 days, dan total utk delivery lauk pantang for 10 days = RM499..dorg akan hantar 3 menu skaligus dan waktu delivery agak lambat jgk la dlm pukul 11pg..so by the time dorg sampai the breakfast meal tu dah sejuk ketaq dah bak hang..hehe..dan jgk dorg tak deliver lauk utk hari Ahad..pelik jgk..dorg ingat laki cheq nk tlg masak ka hari Ahad?Takde maknanya..haha..so terpaksa la menapau lauk2 di kedai utk menu pantang hari Ahad..Ok, so I hope you guys dpt sedikit info from my 2nd miscarriage experience ya. Pasal TORCH Test tu nanti saya cerita kat entri yg lain ya.

MENGANDUNG DAN GUGUR KALI KETIGA

So, yeahh..8 months selepas keguguran kali kedua, tanpa disangka2, on the 21st of Dec 2016, my period tak dtg!Memandangkan ini kandungan yg ke 4 so saya mmg dah agak, kalau lambat sehari maknanya saya pregnant. Tp tak nak teruja sgt, so saya called my husband sbb dia outstation, bgtau..eh,kenapa period I tak dtg2 ni..so my husband ckp..takpe la tak payah check la..biar je..tp saya ni jenis yg kalau pregnant je abis la rasa mual la sakit bdn la..mcm2..hajat di hati nk pegi urut bdn tp tunggu period keluar dulu baru urut sbb takut jgk kot2 terpregnant pastu kita suka2 pegi urut..But the next day, bgn pagi nk siapkan anak pegi skolah, and saya pun dan bersiap pegi kerja, rasa tak puas hati, dlm hati pikir, ahhh..buat je la test jap..and saya pun pegi la buat UPT..tp dlm hati kata..alaa..ni mesti 1 line je ni..maybe badan penat byk angin sbb tu nk rase penat loya2..after few minutes, mata yg tgh ngantuk2 td tu terbukak luas bila nampak double line!Haha..laju je ambik fon call husband tp dia tak jwb..tido lg agaknya..tak tau nk cakap kat sape nk kongsi kegembiraan, saya kejut my daughter, bgtau dia, "Syasya, mama pregnant!" Anak saya yg sekian lama menunggu nk adik terus tersenyum wpun mata tertutup!Hahaha..but, excited tu excited jgk tapi, mcm cuak sgt kali ni..mmg tak bgtau sesiapa sgt pasal pregnancy kali ni..My husband blk KL ptg tu jgk..Lepas tu 2 weeks later dpt appointment dgn Dr Hamid Arshat..lama sgt nk jumpe dia..kebetulan saya plk asyik sakit2 sebelah kiri ni since sblm tau pregnant hari tu lagi..so terpaksa la pegi ke klinik kat area rumah ni..lepas check2 doctor tu kata, Saya tak blh nk confirm sbb sy bkn doctor O&G tp saya ada kawan di Columbia Hospital di Setapak, jap saya call dia"..so, lepas tu kitorg gi mkn jap dan terus ke Columbia Hospital Setapak..Doctor tu Dr. Suhaimi nama dia. Then dia interview ape semua tanya pasal keguguran sblm ni dan dia buat urine test, scan perut, dan bg duphaston utk kuatkan rahim.Cost dia RM312..alahaii..duit mcm air kann..

Ok, then 2 minggu lepas tu pegi ke Klinik Dr Hamid Arshat tetapi tak berjumpa dgn Dr Hamid, masa tu Dr Aimi yg ada. Dorang dah ade record saya so dorang pun start check lah tak payah interview tanya2 dah..kat Klinik Dr Hamid ni dorg tak scan perut kalau awal2 pregnant ni..dorg akan scan kat bawah tu..TVS nama dia..siapa tak biasa rase ngeri je kan nk scan masuk bwh tu..tp siapa dah biasa pegi govt hospital tu mmg dah biasa sgt la kene seluk tu dan masuk muncung itik kat bawah tu..hehe..Alright, bila dah scan Dr Aimi kata it's to early, baru 6 weeks heartbeat tak nmpk lg..saya dah rasa lain mcm..sbb anak sulung saya masa 6 weeks dah ada heartbeat..tp tanya kwn2 lain dorg kata setiap anak berbeza..ada yg 10 minggu baru dgr heartbeat..and I was like, ye ke dorg ni..ke nk sedapkan hati aku je ni?Well, ok lah, terima je ape doctor cakap..tp sy tanya doctor pasal saya punya TORCH Test tu sbb result test tu saya positive virus Toxoplasma dgn virus CMV..tp doctor ni kan, ntah la mcm nk sedapkan hati ke ape..dia kata don't worry..apa tak worry sbb saya dah study pasal virus2 tu..once dia ada dlm bdn kita dia dah tak kan keluar..dan takde ubat utk hilangkan virus tu..meaning, kalau pregnant mmg susah nk success pregnancy tu..kalau baby tu blh survive masa dlm kandungan pun, bila dilahirkan baby tu akan cacat!Itu hasil saya google la..Tapi doctor ni mcm bg harapan..padahal sbnrnya dia dah ada jawapan tu!Haihh, kdg geram jgk..but mungkin dia pun cuba utk monitor mana tau miracles happen kot..ye la..senang ckp tp kalau gugur lg, yg menanggungnya saya la..gugur bkn la satu perkara yg mudah bg saya utk saya tangani..emosi tak stabil, rasa bersalah pada diri sendiri, mentally, physically mmg tak stable..suami pulak expect kite paham2 sendiri, anggap takde rezeki, cuba lagi..tak payah nk ngada2 nk sedih la hape la..but the thing is, dia lelaki dan tidak mempunyai hormone seperti wanita..jadi dorg ingat gugur ni takde ape, gugur cpt sembuh, pasni mesti ok padahal benda ni bkn mudah utk wanita sbnrnya.

Ok, back to the story..seperti yg saya jangka..seperti yang hadir dlm mimpi saya di awal2 pregnancy, saya mimpi saya berada di labour room utk bersalin..wpun rasa pelik, tp saya tak endahkan sgt mimpi2 tu..seminggu lepas tu saya rasa ada bende mcm bergerak2 dlm perut umpama ade baby besar bergerak2 dlm perut..saya tak sedap hati dan ajak husband pegi scan, dan jelas skali, kandungan saya hanya tinggal kantung padahal scan sblm tu Dr Aimi kata saya mengandung TWIN!Jadi mana pegi baby2 saya?Kali ni kitorg decide utk tunggu dan lihat..sbb mcm2 opinion kata, biar dulu mana tahu kuasa Allah lepas ni nampak baby tu blk..alahaii..ini dah kali ke 3..saya tak rasa keajaiban akan berlaku..Tp saya ikutkan jgk..saya dah takde mood nk gi keje..lepas habis MC bedrest tu saya suka2 hati sambung cuti for another 1 week plus sbb sy terlalu lemah mental dan fizikal, sel2 otak saya tidak berhubung..sampai boss call saya marah2 sbb saya tak masuk keje..Apa2 je la boss..nk suh saya benti keje pun lantak lah..dah tak mampu nk berfikir dah..sbb bdn saya sgt lemah masa tu..duk tunggu nk gugur sendiri entah bila sbb saya lsg tak bleeding..Kwn suggest pegi HKL je la..sana kalau buat dnc pun murah sikit..takde la mahal nau mcm KPJ..

Pengalaman di HKL pulak, kwn saya temankan..1st time pegi hospital kerajaan, apa pun tak tau, blur2..nurse tanya soal siasat mcm polis seolah2 aku ni bersalah sbb mengandung haha!Pergi ke PAC unit, nk daftar nurse mintak IC suami dan sijil kawen..alamak..suami takde, sijil kawen tak bwk..nurse dah pot pet pot pet..gila ehh..mana saya tau nk kene bwk bende2 tu semua..org tgh kusut kepala ni dia pot pet pot pet plk..So, bila dah settle kat kaunter PAC tu nurse bawak sy naik ke tingkat 1 di EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit). Dalam setengah jam lebih menunggu doctor panggil utk scan. Lepas dah scan2 doctor cakap dorg takkan proceed with DnC..dia suruh tunggu lagi 2 minggu dan doctor tu terus set date utk DnC just in case dlm masa 2 minggu tu tak gugur sendiri. The next day saya started to bleed dah..cramping2 mcm nk period..makin lama darah makin byk keluar..cramping sama mcm period pain tapi masuk minggu kedua tu dah sakit teruk..mcm nk bersalin tu..tp pegi HKL..seluk sana seluk sini, pastu doctor suruh balik!MC pun tak bagi!Ape laaa..dah la kite ni keje..bila sakit jln pun tertunduk2 nk gi keje cemana?Dan kalau tak gi keje, nk bg alasan ape kat boss kalau takde MC?Haihh...mcmni hospital govt rupanya..dah mati baru pergi hospital gamaknya ye hehe..saya mintak MC ngn doctor, dia kata procedure hospital..so ok lah..saya blk je..pegi klinik swasta ambik MC..selang2 satu hari saya sakit lagi...kali ni tak tertahan..saya cuba tahan dari jam 3 pagi sampai 5 pagi..tak tahan sgt, kejut husband pastu ckp kat dia tak nak pegi HKL dah..saya ajak pegi Hospital Ampang..otw ke Hospital Ampang sakitnya tak boleh nk cakap! Sampai kat sana, husband saya tanya kat bahagian Emergency ni nak bawak saya ke mana..org tu ckp bawak ke PAC (Pregnancy Assessment Centre - saya rasa la)..pegi situ doc bertugas seluk sana sini pastu pass kat doc lagi sorg, dia scan, pastu dia kata, dah nk keluar ni..maknanya kantung dah nk jatuh..patut la sakit mcm nak mati..doc kata dah dkt pintu rahim..so dia kata dia cuba keluarkan..ngeri jugak mase dia keluarkan tu..dia ambik penyepit pastu seluk masuk kat bwh tu sambil suruh saya meneran mcm nak bersalin. Finally, keluar la jgk kantung tu..dan2 tu hilang rasa sakit yg teramat sgt td..Ajaib kan!hehehe..sebab tu wanita ni boleh beranak banyak kali..sbb masa sakit tu rasa serik..tp tibe2 rasa nk baby lagi..haha!

Berakhirlah episode keguguran ku..3 kali gugur mmg dugaan hebat buat diriku tp kita sebagai umat Islam, kena berlapang dada dgn setiap ujianNya. Saya harap saya tabah utk mengharunginya. Nanti di entry yang lain saya cerita pulak pasal saya pergi berubat cara perubatan Islam pulak ya..sbb selepas 3 kali gugur ramai yang suggest saya cuba perubatan Islam pulak. So, saya akan story di entry yg lain.

Terima kasih sudi membaca!Kalau ada soalan nk tanya blh comment kat bawah :)

Thursday 27 August 2015

Perjalanan TTC

Hello readers!

Sorry lah..since my entry pasal TTC Episode tu I dah tak update lsg ape jd kat I..hehe..So yeah..My previous entry was few months back..that was my first visit to Dato' Dr. Hamid's Clinic..:)

And today my entry is about my laparoscopy at Pantai Medical Centre Bangsar..juga dgn Dato Dr Hamid Arshat..setelah berbulan (after my first visit dgn Dr Hamid) mkn vitamin dan juga ubat..tak juga pregnant2 malah senggugut menjadi2 sehingga I dimasukkan ke hospital sbb senggugut yg terlalu teruk sampai rase nak pengsan!

Mase I kat hospital tu (Ampang Puteri Specialist), doktor bagi I Lucrin..utk sesiapa yg tak tau ape itu lucrin..lucrin ni salah satu treatment utk org yg sakit senggugut teruk mcm I ni..atau lebih tepat lagi utk orang yang ade Endometriosis mcm I ni..so bila dah inject Lucrin ni period akan stop for about few months..normally the treatment tu sampai 6 bulan..and the side effects mmg teruk gila and I can't survive with the side effects!Macam org gila aku dibuatnye..u akan jadi panas berpeluh2, panas baran, sakit bila bersama suami (dry vagina) and etc..and the good thing is you tak period lah..dan kalau bulan puasa tu untung la sbb u boleh puasa full 30 hari..yaayyy!! :)

Ok, back to my laparoscopy story..and on the 5th Aug..I went to Dr. Hamid's clinic utk tanya dia sendiri what is wrong with me coz I takde period since my first period came on 29th May 2015..after that mmg takde period lsg..then when they did the scanning and doctor said that my ovary is not active, dinding rahim sgt lah nipis and it seems that the side effects from the Lucrin sgt teruk ke atas badan I..so..since the surgery date mmg dah ditetapkan awal2 masa first day jumpe Dr Hamid dulu, so doctor said, ok we gonna proceed with the surgery..tengok ape ade kat dlm tu then we will repair lah ape yg tak kene..org kata mcm overhaul lah..so ok..walaupun kedengarannya sgt ngeri coz I mmg seorg yg penakut walaupun dan 2 kali masuk billik OT tu tp ngeri tetap ada lah dlm diri ini...giteww...tp pasrah aje lah..nak sihat kan...so kene la buang ape yg tumbuh dlm peranakan I ni..segala tumbuh-tumbuhan ke paku pakis ke..harus disingkirkan segera..takat makan ubat, supplement semua tu mmg takkan keluar la paku pakis dlm peranakan i ni haaa...

So, 23rd Aug 2015 I dah siap2 semua kemas ape patut..melangkah dgn pantas menuju ke Pantai Medical Centre kat Bangsar tu and serah diri utk masuk ward pada jam 7.00 pm..and dipendekkan cerita, pukul 9.00 pm doktor bius dtg visit and check2 interview sket tanya pernah buat surgery ke tak..penah kene bius ke tak sblm ni..and doktor cari urat kat tgn ni senang esok dia nk cucuk tgn I ni kot..then bila dia dah puas hati dia kata ok last mkn pukul 11.00pm..so 11.00pm nurse dtg bwk seketul biskut dan Milo 3 in 1 (kedekut nye la hai..kasi la byk sket biskut tu kot ye pun haha)...ok anyway, so after dah mkn supper tu then I slept.

5.45am nurse datang kejut then dia inject ubat rangsangan utk bg I buang air besar..tak sampai berapa saat..mmg I terus rase nk buang air besar yg amat sangat! So I lari pergi toilet then mengeluarkan segala isi perut..10 minit jugak la dlm toilet tu..then I mandi, sabun, shampoo bagai, solat, pakai baju semua blow rambut..settle semua skali dlm 6.45am..I kejut my hubby suruh bgn..I kata I dah nk pegi OT ni..then nurse pun dtg..suruh tukar OT gown bukak rantai, cincin, gelang semua and bukak bra and also seluar dalam jugak (mcm biasa la nk masuk OT kan)..then my hubby tanya nurse - eh awal nye nk pegi OT..kata pukul 8pagi..nurse kata sbb nk inject bius la ape la..ade la procedure dia..since I ni patient pertama yang nk kene buat surgery..sblm kene tolak masuk waiting room, nurse dah inject ubat nk kasi I relax..mcm tau2 je I ni penakut dan akan tanya byk soalan so dorg inject mcm ubat pelali gitu..haha..so masa kat waiting room tu I nak tanya pun jadi malas nak tanya sebab dah start mamai..heheh..so kat situ dorg tanya nama I, signature I ape semua..dah settle dorg tolak I masuk dlm satu lagi bilik utk tunggu lagi..mase tu mata mmg dah ngantuk sgt dah..maklum la bgn pagi sgt kann..

Then, tiba masa nk masuk OT..I met Dr. Nazri (doktor bius yg dtg kat ward smlm tu)..dia tanya khabar then dia suruh genggam tangan nk cari urat then dia inject..lepas tu nurse siap2 bukakkan OT gown sket, selimutkan I (sbb sejuk kot bilik OT tu) then nurse suruh I selawat dan mengucap byk2..masa tu Ya Allah..perasaannya Tuhan je lah yg tau...maklum lah I ni kan penakut! Then, Dr. Nazri dtg blk then dia ckp - Ok, dear..now you sleep ok..pastu dia inject lagi kat tgn..pastu I mcm biasa la cuba la nk melawan tak nak sleep hahaha (pengalaman I yg lepas2 camtu gak..kehkehkeh)..Last2..padam jugak..yang I sedar nurse panggil - Puan...puan...do you hear me? Are you ok? Ok puan..kita akan tolak puan ke ward nanti puan rehat kat ward ya...

Sampai kat ward, hubby and syasya dah tunggu kat ward dah..my hubby tanya - mama, ok tak mama? I angguk je la..tak larat lsg nk ckp..and nurse pesan jgn mkn ape2..esok baru boleh mkn..adoii mcm kejam gile..lapar kot!!Tp pasrah aje la..dorg takut muntah sbb kesan bius..and mmg I muntah pun tp sbb tak mkn ape2 so muntah keluar air liur aje lah..then lepas tu I suruh hubby buat air milo..sbb rase takde tenaga lsg dah..

And the day after sakit dah start rase..ade darah sket keluar from my vagina..nurse kata itu biasa sbb doktor cuci semua..and after that darah stopped. Nak bgn dari katil punya la seksa sbb sakit tempat surgery..tahan je lah..nk buat camana lagi..nurse ade bagi pain killer suruh I mkn utk tahan sakit..and ade la few ubat yg I nk kene telan.

Petang tu I boring then I ajak syasya turun pegi starbucks..jalan slow2..and after that Dr Hamid dtg visit and dia tanya nk blk hari ni ke esok..I terus ckp la nk blk hari ni,,sebab boring kot duk hospital..and ok..the nurse settlekan bill dan ubat2..8.00pm I gerak balik rumah..And today is the 5th day after the surgery..I'm doing ok..cuma tak leh lasak sgt sbb still rasa sakit..Dr. Hamid kata dia bg masa 3 bulan utk I try to conceive..kalau tak pregnant jugak nanti dia adjust lainn plk..

So, that's about it..kita tunggu la ape nk jd pulak lepas ni..hehe..

Insya Allah i will update what happen next, ok..


LoveLove,
Suzy

Monday 2 February 2015

Trying To Conceive Episode

Assalamulaikum wbt,


Dah lama tak 'usik' blog ni..mcm dah bersawang pun ade rasenye hehe..Well, it's the 2nd month of 2015..Happy New Year to all! (^_^)

Ok, back to the real story lah kan iaitu trying to conceive (ttc). Dah nk masuk 6 thn since my first child Adreanna Syasya was born on May 2009..It's too sad bila semua kawan2 dah mula menambah anak year by year..in fact, yang kawen lambat dari i pun dah berderet2 anak..I wonder what is happening to me..Ok lah,kite cerita the chronology dulu eh..

Actually since 2012 I started ttc ni after abis masters..ingat senang la kot nk pregnant ni since yg first dulu tu senang gile..kawen sebulan dah dpt tau pregnant (kawen Aug, end of Sept dpt tau pregnant sbb alahan teruk gile mase tu)..well, tried and tried tak dpt..so I went to my Gynea (ntah btl ke tidak eja,malas nk pikir mlm2 buta ni hehe)..My Gynea ialah Dr Marlik Abu from Ampang Puteri Secialist tempat I bersalin dulu..then dia bg la ubat itu ini bla bla bla..tp takde jugak rezeki..then I kusut nk makan ubat2 spital ni so I stopped!

One of my frens, dia penjual shaklee yang sgt hebat duk jual itu ini begitu dan begini so I pun beli la satu botol supplement ni dari beliau iaitu Alfalfa..tujuan sbnrnye sbb I nk ikhtiar utk sembuhkan tangan I ni yg menggerutu sbb allergic sabun la habuk la ape la..so I mkn la supplement to about 2 months..first month mkn I period, mak aii..keluar ketul2 darah nye..ngeri tul..I whatsapp my fren tu tanya takpe ke kuar ketul2 tu dia kata maybe nk cuci darah2 yg tak abis keluar mase period dulu2..so ok la..sambung bulan kedua..pun sama gak kuar ketul2..masuk bln ketiga..guess what..tunggu2 period tak dtg lewat 2 hari I went to pharmacy beli UPT - perghhh pregnant! I was soooo happyy...dgn gembiranye whatsapp bgtau kwn I tu dan dia ucap tahniah. Tup tup masuk 10 weeks pregnant, hari pegi check up doktor kata I am sorry your baby dah takde..That was on July 2013..I punye la menangis semahu-mahunya and my daughter yg dah excited nak dpt adik tu mmg berkecai la harapan dia..Ok cut the story short, doktor buat D&C and I pun raya la dlm keadaan berpantang on 8.8.2013 which was my wedding anniversary jugak on that day..alahaii..sedih btl nasib..

Since then, I try dan try dan try dan terus mencuba..Sept 2013, I saw a fren of mine checked in kat facebook saying that she was at Dr Hamid Arshat's clinic..I said woww..she must be pregnant then..I pun PM la dia...she said she wasn't pregnant pun just follow up with the doctor coz she's having endometrosis..I pun cakap kat dia - Ohh I pun ade endo..(oh lupa nk bgtau..Dr Marlik diagnosed me as having an endometriosis few years ago and I dah went few treatments with him pun..)..ok then my fren said oh you can try Dr Hamid if you want.. tapiii masya Allah nk dpt appointment with him punye susah.. my fren tlg booked kan appointment for me on Sept 2013, guess what, the appointment date adalah on 20 Jan 2014..Haihh ape nk buat..sabar lah menanti..kata nk pakar..I ckp kat myself, ok suzy, ni last try ok..kalau takde jugak, redha je lah Syasya tu anak tunggal..(-_-'')

Ok, after 4 months waiting, mase yg ditunggu telah tiba.. 1.30pm I dah sampai kat parking tu..nak naik pun klinik belum bukak..2pm I pi naik bwk Syasya skali, my husband ade meeting he can't make it but after I merajuk akhirnye dia muncul jgk kat klinik tu hehe..dah masuk dlm klinik tu kene tunggu lagi coz I am the first timer kann...letak IC kat dlm bekas tu then after less than an hour nurse kat situ panggil nama utk timbang berat la check blood pressure and buat sedikit interview. After that, duduk blk tunggu lagi 10 minutes mcm tu nurse panggil nama suh pegi masuk bilik Dr Hamid Arshat...and bukak2 je pintu bagi salam..perghh, they you are..tak sangka dpt jumpe doktor ni live..dulu mase kecik2 I salu tgk dia kat tv..mase tu tak paham la ape yg org duk interview dia pasal sakit puan ni..well, he is very fatherly type dan sgt menjaga aurat patient..after dah cerita serba sedikit, dia suh masuk bilik utk scan..and guess whatt, I kene buat vagina scan yg sgt I takut..yg buat tu menantu perempuan doktor (I guess menantu dia sbb my fren and patient2 situ ckp tu menantu dia)..doktor hanya tgk kat screen aje..mase pegi tu I tgh period tp doktor a.k.a menantu Dr Hamid tu kata takpe boleh scan..masuk aje...adeiiii....ngeriii..and mmg tak selesa lah buat scanning tu!Tp kalau tak buat tu nanti dia tak tau la ape punca sakit kite ni apesal nye yg buat tak leh pregnant (eh ayat aku cam dah kelam kabut dah ni haha).

After dah abis scan, then doktor lukis laa mcm dlm gambar kat bwh ni..Dia kata tu retroverted uterus ke ape katanye..maybe you can guess la kan handwriting dia..Oh my..i was like..hmm..how come my uterus can be retroverted pulak..dulu elok2 je leh mengandung..I googled la jugak here and there katanye retroverted ni kedudukan uterus ke rahim ke ape tu tak betul position nya so sperm susah nk masuk..and during menstrual pun akan sakit darah akan tumpah ke belakang rahim la ape la dan akan menjadikan endometriosis..bila period mmg sakit..that's why I wonder kenapa bile I period je sakit gile perut ni padahal sblm kawen tak penah la nk period pain bagai..dulu tak penah tau pun ape rase period pain..




So yeahh..then I tanye ape solution nye..Dr Hamid tanye ape treatment yg I dah penah buat..I ckp la dah buat treatment yg stopkan period tu pun dah..dah buat 2x..after that I stopped coz dah penat mkn ubat spital..so ok then we do D&C Laparoscopy and I will repair everything dalam tu, kata Dr Hamid..(Eh mcm dalam buku cerita lak ayat I ni ahaha..) So, dia suh I pegi jumpe his Secretary dia Puan Rohana utk arrangekan pasal operation tu and guess whattt..the operation date tu hujung tahun wehhh 24 Aug 2014!!aduhaii..bapak lama gile..my fren punye kwn yg pegi jumpe Dr Hamid on the same day I pegi tu (ptg jgk appointment dia) tp dpt operation date on March!Hmmm.. tp takpe lahh..nk buat camana..dugaan Allah bagi suh aku tunggu nak tau I ni sabar ke tak ngn ujian Dia kot ekk..(tp mmg I tak sabar sbb umur I dah mid 30 wehh..mls la I tua2 nk pregnant lagi..penat kot..)

After dah abis semua bende I bersoal jawab dgn Puan Rohana secretary Dr Hamid tu so I pun bayar la bill..not bad la bill dia..maklum laa dia pakar dan sgt famous kot..harga camtu kira ok laa..I pegi specialist tak glamer pun lagi mahal dari dia..tu bill including ubat dan vitamin yg dia bg semua..ape lagi..I calit lah kredit kad  sbb 20hb mana nk gaji lagi ahahah..So this is the bill (nama I tutup la yer hehe)




And these are some photos yang I nak share ngn uols..The first photo is the guideline for new patients, and the second and third photo are my appointment card..card tak boleh hilang kalau tak kene denda..denda ape I tak tau la..ketuk ketampi atau lari keliling klinik tu kot ahahah..








Well, ok that's all for this entry.. kite tunggu la ape akan jadi kat I ni pasni..pregnant ke tidak ke..wallahualam..yang pasti I dah ikhtiar..kalau Allah takdirkan mmg anak sorg je..takpe lah..mungkin ade rezeki lain yg menanti Insya Allah..buat mase skarang I mkn je la supplement2 vitamin2 dan ubat2 yg doktor kasi tu dan jalani kehidupan seperti biasa..but one thing yang Dr Hamid pesan kan I - Jgn stress2, you still hv a chance..so ok la..i try to be positive la yer..

I hope you guys boleh jadikan reference especially for those yg ade masalah mcm I ni..sape nk share experience pun leh share kat comment yer..That's the purpose why I am writing this..lama dah niat nk tulis entry ni tapi sebab bz yg melampau mmg nk sentuh laptop ni jauh sekali lah. Till we meet again, bye! :)



LoveLove,
Suzy