---

Tuesday 20 August 2019

Kandungan Ke 5 : Kantung Baby Tak Nampak!

Assalamualaikum semua!

Dah lama saya tidak menulis di blog ni. Hidup ni tersangatlah bz sampai takde masa nak menulis. Tapi kali ni saya kena jugak menulis.

Yes! Blog saya ni byk tulis pasal keguguran lah,  TTC lah, pasal mengandung lah. Kali ni saya pregnant again - kandungan ke 5! Saya sgt berharap kandungan ini berjaya tetapi Allah has another plan for me maybe. Ku sangkakan panas rupanya hujan di tengahari. Tapi takpe, baca dulu apa yg saya nak kongsikan.

Pertengahan bulan Mei 2019 saya checked UPT and it was positive. Tp tak tau kenapa saya takde la teruja sgt. Beberapa hari selepas saya dpt tau saya pregnant tu tiba2 saya dah start spotting dah. And I was like.. OMG! Not again! Saya dah tak larat nak keguguran kali ke 4 :'(

Masa tu bln puasa brp hari lagi nk raya. Tekak dah mula mual. Saya kalau mengandung camtu lah. Muntah je kejenya. Bau itu x blh bau ini x blh. So bila dah start keluar darah, we went to a clinic yg blh buat ultrasound. Lepas hantar anak ke sekolah, kitorg pun cari lah klinik pakar sakit puan yg berhampiran. So jumpa la satu klinik dkt Jalan Pudu. To cut the story short, hari tu hari Sabtu so doktor yg bertugas pun doktor biasa je. Dia buat TVS ikut bawah then dia kata tak nampak kantung. Tp darah keluar daripada TVS stick tu. So doktor tu ckp nanti dtg lagi lah jumpa another doctor yg lagi pakar pasal sakit puan. But she said maybe saya akan gugur lagi. Hancur hati dgr. So sy cakap kat husband, kali ni nk buat dnc. Nk cuci. Tak nak dah keluar sendiri mcm 2 thn lepas. Mcm nk mati sakitnya! My husband said ok. Tp kita sabar. Jumpa doktor tu dulu nanti utk confirm kan. My husband still tak puas hati. Mana pegi kantung. Pregnancy yg sblm2 ni ada kantung baby plk takde. Aduhhh.. Mcm2 lah! Jin mana pulak sorok kantung ni?? (Dah geram dah ni).

So, bbrp hari sblm raya kitorg pegi semula ke klinik tu jumpa Dr. Samuel. Doktor dah tua sgt. Dlm 70-80 thn gitu la kot umur dia tp masih sihat. Then dia scan tiba2 eh,  ada kantung. Tp fetal a.k.a babynya tak nampak sgt. It looked like a tiny dot. Tak nampak heartbeat pun. Masa tu anggaran dlm 5 weeks to 6 weeks kot. Doktor tak blh nk detect brp minggu sbb dia kata kecik sgt. Mesin scan dia tu tak blh detect. So doktor kata mungkin kandungan ni tak menjadi. Saya dah mmg give up and I told my husband, i wanna get dnc sbb I nak raya dengan gembira tanpa ada rasa mual2 muntah. Sebab nk balik kampung jauh ni. Gila apa. My husband masih tak puas hati, dia kata "Sabar, I rasa baby ada tu!" Dr Samuel kata terpulang nak tunggu lepas raya atau nk buat dnc sekarang. So tak jd dnc.

Lepas raya,  we didn't go to the same clinic, tapi since saya dah tak tahan asyik bleeding. Masa raya tu teruk bleeding macam period. So saya ckp kat husband, jom lah cuci. Tp musim raya ni mana ada doktor specialist ke doktor sakit puan yg bertugas kecuali klinik yg doktor dia non malay lah. So google2,  kitorg pun pegi la ke Pusat Perubatan Joe kat Ampang. Mula2 husband called klinik tu tanya dnc dorg caj berapa. Nurse tu pun tanya la kenapa nk dnc. Dia ingat kitorg nak gugurkan anak luar nikah ke apa kot haha. So husband pun cite la serba sedikit. Nurse tu ckp dtg dulu dia scan.

Sampai kat Klinik Joe tu.. Kitorg pun daftar dan tunggu turn. Dah sampai giliran, dgn nervous nya saya pun baring dan nurse tu pun start letak gel kat perut saya dan sambil cakap "Normally we won't simply do the dnc. We scan first and we try to save the baby". Kitorg pun diam and the nurse started to scan. Tiba2 bammmm.... Ada heartbeat! Gilaa.. Mcm tak percaya dowhh! Menangis terus masa tu. Nurse pun ckp "Kan i dah kata!" Tapi bleeding masih teruk. So she suggested to come back and see the specialist Dr Ramadas from Taman Desa Medical Centre. He is a visiting doctor kat clinic tu. So ok lah. We will come back next week. Sbnrnya punca kantung tu lambat nampak baby maybe sebab saya ovulate lambat dan saya conceived later after that. Mmg pelik. Tapi itu lah yg berlaku. Wpun baby tak nampak tp UPT test dah terang2 double line. Mmg ajaib.

When we went there the next week tu utk jumpa Dr Ramadas,  then selepas check itu ini, doktor diagnosed saya mengalami Subchorionic Hemmorage iaitu pendarahan dlm uterus. Sebab tu pendarahan tak berhenti sejak dari awal pregnant. Masa tu saya 8 weeks pregnant. So setelah berbincang dgn doktor, doktor kata kalau boleh saya perlu warded utk rawatan selanjutnya. Dan kene drip. Tp saya cakap kat doktor, saya tak blh warded kat Private Hospital sbb insurance company saya tak cover bab pregnancy ni. So Dr Ramadas referred me to Hospital Ampang.

Sampai je di Hospital ampang selepas sejam lebih kat situ,  dorg cek masuk spekulum dan scan semua, MO kat situ sahkan dlm kantung tu takde baby pun dan takde pun pendarahan. Saya mungkin akan keguguran setidak2nya 2 minggu dari hari tersebut. Kami blk rumah dgn hampa sekali. Dlm hati kata tak mungkin baby takde. Masa tu dah pukul 11mlm so nak pergi jumpa balik Dr Ramadas kat klinik tadi pun doktor dah balik. So the next day morning, tiba2 kami dpt call dari Dr Ramadas dia tanya khabar. Then kami pun cerita lah apa yg berlaku. Dr Ramadas terus minta kami ke Taman Desa Medical Centre di mana tempat dia bertugas as resident doctor kat sana. Sampai2 je doctor scan dan mmg ada je baby tu siap heart beat semua cumanya pendarahan byk dlm uterus. Dr Ramadas cakap kalau tak pakar sgt,  kau mmg tak pandai nk scan cari baby tu. Kau takkan jumpa baby sbb uterus tu dah penuh darah. Baru saya tahu rupanya scan perut ni pun ada teknik dia. Kalau tak pandai mmg baby pun kau takkan jumpa rasanya. So doktor terus admit saya di TDMC tu selama seminggu. Kat situ doktor masukkan drip, inject proluton, bagi duphaston dan antibiotik. Cukup seminggu kat situ, saya discharged. Tp darah masih ada. Kemudian saya dijadualkan utk jumpa Dr Ramadas di TDMC setiap 2 minggu sekali. Doktor kata selagi pendarahan tu tak besar tak perlu risau. Kalau pendarahan tu byk dan besar it will push the baby out. Itu yg membimbangkan. Tp doktor kata dia akan pantau. Kalau keluar darah byk cepat2 dtg hospital. So kandungan saya diteruskan seperti biasa. Sehingga kandungan masuk 15w6d sesuatu berlaku dan it broke my heart entirely.  Nanti saya akan ceritakan next entry. Sebab utk entry kali ni saya hanya nak cerita tentang pendarahan dan kenapa kantung saya tak nampak baby.

Kesimpulannya, kalau masa scan tak nampak baby atau kantung tp UPT positive, sabar dulu. Tunggu bbrp minggu then scan semula. Ok!

Cukup dulu buat kali ni. Nanti saya ceritakan apa pulak dugaan seterusnya dgn kandungan saya yg ke 5 ini.

Sekian.